fb fb fb fb fb

Finland, Sweden cenderung anggotai NATO

(Simbol NATO dibangun di Mother Teresa Square di Tirana, Albania, Sabtu, 4 April 2009)

HELSINKI, 12 Mei - Presiden dan perdana menteri Finland cenderung membawa negara itu menyertai NATO dan keputusan rasmi akan diambil pada hujung minggu ini.

“Finland mesti memohon keahlian NATO tanpa berlengah-lengah,” kata Presiden Sauli Niinisto dan Perdana Menteri Sanna Marin dalam satu kenyataan bersama.

"Keanggotaan NATO akan mengukuhkan keselamatan Finland. Sebagai ahli NATO, Finland akan mengukuhkan keseluruhan pakatan pertahanan," kata kenyataan itu.

(FOTO AFP)

Sebuah jawatankuasa khas akan mengumumkan keputusan rasmi Helsinki mengenai bidaan keahlian pada hari Ahad, tambahnya.

Kremlin dalam reaksi segeranya menegaskan, keahlian Finland dalam pakatan tentera Barat "sudah tentu" ancaman kepada Rusia.

Negara jiran, Sweden juga dijangka mengumumkan keputusannya dalam beberapa hari akan datang, kemungkinan besar dalam mesyuarat Parti Demokratik Sosial pimpinan Perdana Menteri, Magdalena Andersson pada Ahad ini.

Moscow telah berulang kali memberi amaran kepada Stockholm dan Helsinki supaya tidak menyertai pakatan tentera Barat. -AFP

Media Baharu