fb fb fb fb fb

Fasa kedua kempen vaksinasi polio di Gaza bermula

Foto REUTERS

GENEVA, 14 Oktober - Fasa kedua kempen vaksinasi polio dilancarkan di Gaza hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, fasa kedua kempen dimulakan di bahagian tengah Gaza sebelum diteruskan ke selatan diikuti utara.

Pusingan pertama pemberian vaksin itu dilaksanakan pada bulan lalu, selepas seorang bayi lumpuh separuh badan akibat virus polio jenis 2 pada Ogos.

Kes tersebut adalah yang pertama seumpamanya di Gaza dalam tempoh 25 tahun.

Dalam pusingan kedua, WHO menyasarkan untuk memberikan vaksin berkenaan kepada kira-kira 590,000 kanak-kanak bawah umur 10 tahun di seluruh Gaza dalam tempoh kurang dua minggu.

Pada Jumaat lalu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan pertempuran dan arahan pemindahan di Gaza akan menjejaskan kempen vaksinasi. -REUTERS

Trainee2