ROME, 13 Julai - Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenakan kadar tarif sebanyak 30 peratus ke atas barangan Eropah dibimbangi mencetuskan perang perdagangan transatlantik.
Perkara tersebut mendapat reaksi negatif negara-negara terlibat, termasuk Itali.
Akhbar di Itali, La Stampa menyifatkan tarif yang dikenakan sebagai satu tamparan Amerika kepada Eropah.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menegaskan Kesatuan Eropah (EU) akan bertindak balas, sekiranya Washington masih tetap dengan kadar tarif tersebut, yang akan berkuatkuasa 1 Ogos.
Beliau menambah, EU masih membuka pintu rundingan untuk mendapatkan kadar tarif yang lebih sesuai sebelum tarikh akhir.
Trump sebelum ini mendakwa EU mengamalkan perdagangan yang tidak adil dan menuduh blok tersebut sering menggangu Amerika.
EU dan Amerika merupakan rakan dagang terbesar antara satu sama lain, berjumlah $9.5 trilion.-REUTERS