fb fb fb fb fb

Eropah tarik balik penggunaan pelitup muka untuk perjalanan udara

(FOTO AFP)

LONDON, 12 Mei - Penggunaan pelitup muka untuk perjalanan udara di Eropah akan ditarik balik, bermula minggu depan.

Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) mengumumkan, penggunaan pelitup muka tidak lagi dianggap penting untuk semua penerbangan dan semasa berada di lapangan terbang.

Pengarah Eksekutif EASA, Patrick Ky memaklumkan, garis panduan baharu itu sejajar dengan perubahan keperluan pihak berkuasa di seluruh Eropah bagi pengangkutan awam.

(FOTO AFP)

"Mulai minggu depan, pelitup muka tidak lagi perlu diwajibkan dalam perjalanan udara dalam semua kes, secara amnya sejajar dengan perubahan keperluan pihak berkuasa negara di seluruh Eropah untuk pengangkutan awam," katanya.

Jerman bagaimanapun tidak bercadang untuk menarik balik mandat penggunaan pelitup muka untuk semua penerbangan termasuk penerbangan yang berlepas atau mendarat di negara berkenaan.-AFP

Media Baharu