fb fb fb fb fb

Era baharu bakal pulihkan hubungan Turki - Arab Saudi

JEDDAH, 29 April- Era baharu memulihkan hubungan dua hala menjadi harapan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan apabila melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Beliau bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota Mohamed Salman.

Erdogan bertemu Raja Salman dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Istana al-Salam di Jeddah.

Menurut kenyataan pejabat Presiden Turki; kehadiran Erdogan adalah atas jemputan Raja Salman.

Pertemuan itu juga selepas Turki menggugurkan perbicaraan kematian wartawan warga Arab Saudi Jamal Khashoggi yang terbunuh di Istanbul pada 2018.

Hubungan dua hala kedua-dua negara tegang selepas kes pembunuhan Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul.

(FOTO REUTERS)

Pada ketika itu Erdogan mendakwa terdapat pemimpin tertinggi Saudi memberi arahan pembunuhan berkenaan.

Bagaimanapun, Ankara mengambil pendirian memperlahankan nada berhubung kes pembunuhan Khashoggi.

Pakar ekonomi berpendapat dana dari Arab Saudi boleh membantu Turki mengatasi isu ekonomi termasuklah soal inflasi, apatah lagi Erdogan bakal berdepan pilihan raya yang mencabar tahun depan. -AFP

Media Baharu