WASHINGTON, 20 Januari - Pesawat kargo milik Atlas Air membuat pendaratan cemasdi Miami lewat Khamis selepas berlepas susulan kebaran enjin yang dialaminya.
Pesawat tersebut yang membawa lima kru itu dilaporkan kembali dengan selamat tanpa sebarangan kecederaan.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) dan Badan Keselamatan Dan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menyiasat perkara berkenaan.
FAA dalam satu kenyataan memberitahu hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap pesawat tersebut mendapati terdapat lubang sebesar bola tenis di atas enjin pesawat.
Manakala NTSB pula berkata pihaknya telah membuka siasatan dan sedang mengumpul maklumat bagi menilai dan menentukan skop penyiasatan.
Sebuah video yang tidak dikenalpasti di platform media sosial X menunjukkan kebakaran meletus di sebelah kiri sayap pesawat ketika dalam penerbangan.
"Kru penerbangan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami kata jurucakap syarikat Atlas Air sambil berjanji akan menjalankan pemeriksaan terperinci bagi mencari punca kemalangan.
Sementara itu, Pakar keselamatan udara AS John Cox mendakwa kemalangan tersebut berpunca daripada masalah lubang yang menyebabkan kegagalan enjin untuk berfungsi dan menggesa siasatan lanjut dilakukan oleh pihak NTSB- REUTERS