fb fb fb fb fb

Enam maut, 30 terperangkap runtuhan salji di Afghanistan

FOTO AFP

KABUL, 19 Februari- Satu runtuhan salji telah menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 30 lagi terperangkap di wilayah Nuristan di timur Afghanistan.

"Salji masih turun. Usaha menyelamat sedang dijalankan dan jumlah kematian mungkin meningkat," kata Ketua Penerangan dan Kebudayaan wilayah, Jamiullah Hashimi kepada AFP.

Salji melanda perkampungan Nakre di lembah Tatin di Nuristan semalaman sehingga menimbuskan bangunan seperti rumah.

Dianggarkan lebih 20 rumah musnah atau rosak teruk, tambah Hashimi.

Disebabkan awan dan hujan, helikopter tidak dapat mendarat di Nuristan dan telah menghalang salah satu jalan utama ke wilayah itu, menjadikan operasi menyelamat menjadi sukar.

Afghanistan adalah salah satu negara termiskin di dunia, dilanda perang selama beberapa dekad, terdedah kepada bencana alam dan kejadian cuaca ekstrem yang dikaitkan dengan perubahan iklim.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI