fb fb fb fb fb

Empat tentera Israel terbunuh dalam serangan dron Hizbullah

Foto REUTERS

BAITUL MAQDIS, 14 Oktober-Empat orang tentera Israel terbunuh dalam serangan dron Hizbullah pada Ahad.

Serangan berkenaan menyasarkan pangkalan tentera Israel berhampiran di selatan Haifa.

"Semalam (Ahad), sebuah UAV yang dilancarkan oleh Hizbullah telah menyerang pangkalan tentera bersebelahan Binyamina.

"Empat anggota IDF terbunuh dalam insiden ini dan tujuh lagi mengalami kecederaan parah", kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Hizbullah, mengumumkan pada hari yang sama bahawa mereka telah melancarkan serangan dron ke arah kem latihan tentera di Binyamina sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel ke atas Lubnan.

Insiden ini berlaku selepas dua buah dron memasuki ruang udara Israel dari Lebanon. Sekurang-kurangnya sebuah bangunan di utara Tel Aviv mengalami kerosakan akibat insiden tersebut.

Meskipun Hizbullah kerap melancarkan serangan roket dan dron ke arah Israel selama lebih setahun, serangan berkenaan kini semakin meningkat sejak akhir September lalu.

Sistem pertahanan udara Israel, termasuk sistem Iron Dome, telah berjaya memintas kebanyakan peluru berpandu, namun masih terdapat beberapa kecederaan akibat serangan dan serpihan peluru berpandu yang jatuh.

Keadaan di sempadan Israel-Lubnan yang semakin tegang menandakan potensi konflik yang lebih meluas dalam waktu terdekat.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD