fb fb fb fb fb

Empat institusi pinjaman di Thailand diminta turunkan kadar faedah, bantu PKS

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin/REUTERS

BANGKOK, 23 April- Empat insitusi pinjaman terbesar di Thailand diminta menurunkan kadar faedah untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta melonjakkan ekonomi.

Perdana Menteri, Srettha Thavisin berkata, kumpulan berisiko seperti perusahaan kecil dan sederhana berdepan masalah dengan kadar faedah yang tinggi.

"Kumpulan yang terdedah seperti perusahaan kecil dan sederhana mempunyai masalah dengan kadar faedah yang tinggi.

"Saya meminta mereka untuk mempertimbangkan kadar faedah," kata Stretta kepada pemberita.

Beliau berharap keempat-empat institusi itu mempertimbangkan perkara tersebut. Tambahnya, negara itu mempunyai institusi kewangan yang kukuh.

Empat institusi tersebut ialah Bangkok Bank, Kasikornbank, Krungthaibank dan SCBX. -REUTERS

ROSLINA BINTI DIN