fb fb fb fb fb

Empat beradik dihukum penjara, terlibat kes judi, kripto dan pengubahan wang haram

Foto Bernama

HANOI, 25 September – Sebuah mahkamah di Vietnam menjatuhkan hukuman penjara antara lapan hingga 13 tahun terhadap empat beradik kerana menjalankan operasi perjudian dalam talian dan kripto secara rentas negara melibatkan transaksi mencecah AS$3.8 bilion.

Sindiket yang dipercayai aktif antara awal 2020 hingga akhir 2021 itu disyaki diketuai oleh seorang lelaki warga India yang kini diburu pihak berkuasa.

Kumpulan tersebut dipercayai menggunakan keuntungan untuk membeli hartanah, kereta mewah dan juga mengubah wang di luar negara secara haram.

Sindiket juga dipercayai membangunkan laman web pelaburan berasaskan kripto secara haram yang membolehkan pengguna menukar mata wang Vietnam kepada token digital seperti USDT dan Ethereum untuk berjudi dalam talian.

Pengguna turut digalakkan merekrut penjudi baharu melalui media sosial seperti Telegram, yang kini disekat di Vietnam.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN