fb fb fb fb fb

Dua wanita maut ditikam lelaki berusia 20-an di Mexico

Foto AFP

BANDAR MEXICO, 7 Mac- Dua wanita maut selepas ditikam seorang lelaki di sebuah universiti di bandar Guadalajara di barat Mexico pada Rabu.

Menurut pendakwa raya negeri, penyerang berusia sekitar 20 tahun.

"Dia menceroboh masuk ke kampus Centro Universitario UTEG dengan membawa pisau dan kapak, yang digunakannya untuk memecahkan beberapa tingkap."

"Tiada sebab, tiada motif yang jelas. Pencerobohan penyerang ditujukan terhadap orang pertama yang dilihatnya," kata Luis Joaquin Mendez, pendakwa raya bagi negeri Jalisco.

Seorang lelaki turut cedera dalam serangan itu.

Polis telah menahan suspek dan juga sedang menyiasat kaitannya dengan wanita lain yang ditemukan mati di sebuah hotel pada hari yang sama.

Berdasarkan laporan rasmi, sekurang-kurangnya 852 kes pembunuhan wanita direkodkan tahun lepas di negara yang dilanda keganasan itu.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM