fb fb fb fb fb

Dua lagi cedera dalam serangan udara di selatan Ukraine

Bomba memadamkan kebakaran di Odesa, Ukraine/ REUTERS

UKRAINE, 10 November- Sekurang-kurangnya dua individu cedera dan bangunan rosak dalam serangan dron Rusia di wilayah selatan Ukraine, Odesa, kata Pegawai Ukraine pada Ahad.

"Rusia sekali lagi melancarkan serangan besar-besaran ke atas wilayah kami," kata Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine di wilayah Odesa menerusi akaun media sosialnya.

"Garaj, kereta dan harta benda terbakar. Serangan berkenaan turut menyebabkan kerosakan di bangunan kediaman dan kedai."

Gabenor wilayah di pantai Laut Hitam Oleh Kiper berkata, serangan berkenaan turut menyebabkan beberapa kebarapa tanpa memberikan butiran lanjut.

Skala serangan juga tidak dinyatakan secara terperinci.

Sementara itu rakaman video yang disiarkan oleh perkhidmatan kecemasan menunjukkan anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pembersihan berikutan serpihan bangunan, pangsapuri dengan tingkap pecah akibat serangan itu.

Namun tiada komen segera dari Rusia mengenai serangan itu.

Bagaimanapun kedua-dua pihak menafikan menyasarkan orang awam dalam serangan yang dilancarkan Moscow.

Akibat pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine pada Februari 2022, beribu-ribu penduduk direkodkan meninggal dunia.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI