NEW YORK, 28 September- Delegasi Turkiye dan ramai yang lain meninggalkan sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-79 pada Jumaat sebagai protes menjelang ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Agensi Anadolu melaporkan bahawa delegasi yang diketuai oleh wakil tetap Turkiye ke PBB, Duta Ahmet Yildiz, meninggalkan dewan sebelum Netanyahu memulakan ucapannya.
Banyak delegasi lain dilihat mengikuti protes delegasi Turkiye dan turut keluar dari dewan.
Timbul kritikan mengenai keputusan untuk membenarkan Netanyahu berucap di PBB, memandangkan Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan sedang berusaha mendapatkan waran tangkap terhadapnya atas dakwaan melakukan "jenayah perang."- BERNAMA-ANADOLU