fb fb fb fb fb

Budak 7 tahun jadi korban upacara ritual, bapa mangsa antara lima ditahan

FOTO HIASAN

LUCKNOW, 27 September- Lima orang ditahan di India selepas satu mayat kanak-kanak berusia ditemukan tidak bernyawa dipercayai korban upacara ritual yang didakwa bertujuan membawa tuah kepada sebuah sekolah awam, kata pihak polis pada Jumaat.

Mangsa ditemui mati di katilnya pada malam Ahad di asrama tempat dia tinggal di bandar Hathras, tidak jauh dari Taj Mahal.

Daripada memaklumkan pihak berkuasa, polis berkata pengarah sekolah, Dinesh Baghel, menyembunyikan mayat dalam but keretanya.

Pegawai polis Himanshu Mathur memberitahu AFP bahawa budak lelaki itu dibunuh sebelum upacara ilmu hitam yang dilakukan oleh bapa Baghel.

"Budak itu sepatutnya dibawa ke altar sebagai sebahagian daripada ritual, tetapi terbunuh sebelum upacara tersebut dapat diselesaikan," katanya.

Baghel dan bapanya telah ditangkap bersama tiga orang guru lain di sekolah tersebut, tambah Mathur.

Mathur tidak memberi butiran lanjut mengenai bagaimana kanak-kanak itu mati, dan laporan media tempatan mengatakan mayat sedang menjalani bedah siasat.

Biro Rekod Jenayah Negara India telah mencatatkan 103 kes pengorbanan manusia di negara itu antara 2014 dan 2021.

Pembunuhan ritual biasanya dilakukan untuk menenangkan dewa, lebih biasa berlaku di kawasan suku kaum dan pedalaman, di mana kepercayaan terhadap sihir dan ilmu hitam meluas.

Tahun lalu, polis menangkap lima lelaki atas pembunuhan seorang wanita berusia 64 tahun pada tahun 2019, yang dibunuh dan dipenggal dengan parang selepas melawat sebuah kuil di timur laut India yang terpencil.

Polis berkata dalang utama yang didakwa sedang melakukan upacara agama untuk memperingati ulang tahun kematian saudaranya.- AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE