fb fb fb fb fb

Britain syor kanak-kanak lima hingga 11 tahun suntik vaksin COVID-19

FOTO REUTERS

LONDON, 17 Februari- Pihak berkuasa perubatan Britain mengesyorkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun disuntik vaksin COVID-19.

Tindakan itu bertujuan mempercepatkan proses vaksinasi kanak-kanak di Britain, yang dilihat agak ketinggalan berbanding negara lain.

Menteri Kesihatan, Sajid Javid, berkata beliau akan menerima nasihat pakar kesihatan dan melaksanakan langkah perlu.

Britain sudah pun menawarkan suntikan vaksin bagi kanak-kanak berisiko .

Namun pelaksanaannya berjalan agak perlahan berbanding Amerika Syarikat yang sudah pun menyuntik kanak-kanak dalam lingkungan usia itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI), Wei Shen Lim, berkata Tujuan utama menawarkan vaksinasi kepada kanak-kanak adalah untuk meningkatkan daya tahan mereka bagi mengelakkan penyakit yang teruk. -AFP

Media Baharu