AFGHANISTAN, 20 Mei - Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dalam kejadian banjir di utara Afghanistan berikutan hujan lebat yang mengakibatkan banyak kediaman tertimbus dalam lumpur.
Sekurang-kurangnya 300 ratus rumah musnah, kata Ketua Jabatan Penerangan Wilayah Faryab Mawlawi Abdul Hai Zaeem, kepada Reuters.
Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 50 maut di wilayah tengah Ghor, katanya lagi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu Afghanistan sebagai salah satu negara yang terdedah kepada bencana alam.
Minggu lalu, banjir kilat yang disebabkan hujan lebat telah memusnahkan perkampungan di utara Afghanistan mengorbankan 315 orang dan lebih 1,600 cedera.
"Tiada apa-apa lagi untuk kami, tiada makanan, tiada pakaian dan selimut. Kami sangat menderita, banjir memusnahkan rumah kami, anak lelaki saya yang berumur dua setengah tahun tidak sedarkan diri, isteri saya hampir hanyut dibawa banjir" kata penduduk Mohammad Nader.
"Air banjir masuk melalui pintu masuk rumah kami dan memusnahkan rumah dan bilik kami. Kedai kami turut musnah dilanda banjir," kata penduduk Noor Mohammad. - REUTERS