fb fb fb fb fb

Bekas PM Thailand, Thaksin dapat pengampunan diraja, parol berakhir esok

Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra/ REUTERS

BANGKOK, 17 Ogos- Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dimasukkan dalam pengampunan diraja untuk banduan dan parolnya akan berakhir esok.

Peguamnya, Winyat Chartmontri memaklumkan perkara itu kepada Reuters hari ini.

Pembebasan Thaksin sepatutnya tamat pada akhir bulan ini.

Penamatan lebih awal hadir sebagai sebahagian daripada pengampunan diraja am untuk banduan yang berkelakuan baik sempena ulang tahun Raja Maha Vajiralongkorn bulan lalu. - REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI