fb fb fb fb fb

Bekas peguam berprofil tinggi dipenjara tiga tahun

Foto hiasan

HANOI, 10 Januari- Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas bekas peguam berprofil tinggi Tran Dinh Trien berhubung hantaran di Facebook.

Tran Dinh Trien adalah bekas timbalan ketua Persatuan Peguam Hanoi.

Mahkamah di Hanoi mensabitkan kesalahan ke atas Trien berusia 65 tahun atas tuduhan "menyalahgunakan kebebasan demokrasi untuk melanggar kepentingan negara", dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Menurut mahkamah, Trien menerusi hantaran di Facebook menulis "kandungan tidak sahih" yang "menjejaskan reputasi mahkamah dan ketua hakim mahkamah agung secara peribadi".

Trien ditangkap pada Jun lalu dan lesen guaman miliknya digantung minggu lepas.

Timbalan pengerusi Persatuan Peguam Hanoi dari 2013-2018 itu membela aktivis dan mewakili pelanggan dalam isu sensitif seperti rampasan tanah.

Tiga catatan Facebook yang didakwa dimuat naik pada April dan Mei tahun lalu.

Menurut Human Rights Watch, hantaran itu mengkritik ketua hakim mahkamah agung berikutan menghalang ahli keluarga defendan daripada menghadiri perbicaraan manakala wartawan dan peguam dihalang daripada merakam video semasa perbicaraan terbuka.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI