fb fb fb fb fb

Batal hasrat lelong singa, Zoo Safari Lahore akur desakan WWF

(FOTO FAIL AFP)

LAHORE, 11 Ogos - Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Tabung Hidupan Liar (WWF) akhirnya pihak Zoo Safari Lahore membatalkan hasrat untuk melelong 12 ekor singa milik mereka.

Sebelum ini pihak Zoo memaklumkan akan membuat lelongan tersebut kepada pembeli persendirian kerana tidak mempunyai ruang untuk menempatkan haiwan berkenaan.

Ketika ini Zoo berkenaan memiliki keseluruhan 29 ekor singa dan 12 ekor singa yang mahu dilelong itu berusia antara dua dan lima tahun.

(FOTO FAIL AFP)

Menurut Timbalan Pengarah Zoo Safari Lahore, Tanvir Ahmed Janjua alasan utama pihaknya membatalkan hasrat tersebut kerana mahu membina dua lagi kandang baharu buat haiwan tersebut.

Zoo Safari itu adalah antara yang terbaik di Pakistan kerana sentiasa menjaga kebajikan haiwan dimiliki.

Selain 29 ekor singa, Zoo Safari Lahore turut menempatkan, dua jaguar dan enam ekor harimau.-AFP

Media Baharu