INDIA, 18 Februari - Petani India meletakkan barisan panjang traktor di sepanjang jalan utama ke New Delhi sebagai menunjukkan protes untuk menuntut harga lebih tinggi bagi tanaman mereka.
Mereka menghentikan perarakan bantahan sehingga kesatuan mereka mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Menteri Kerajaan.
Peladang berkhemah disempadan antara negeri Punjab dan Haryana sejak Jumaat ketika pemimpin pergerakan menahan perarakan itu, sehingga perbincangan lanjut dengan menteri kerajaan ditetapkan pada Ahad.
Beribu-ribu petani telah memulakan perarakan 'Delhi Chalo' atau 'Jom ke Delhi' sejak awal minggu ini bagi mendesak kerajaan menetapkan harga minimum untuk hasil mereka.
Bagaimanapun mereka dihalang oleh pasukan keselamatan kira-kira 200 km (125 batu) dari ibu kota yang mencetuskan pergaduhan.
Protes telah tercetus beberapa bulan sebelum India mengadakan pilihan raya kebangsaan.
Petani merupakan blok pengundi yang berpengaruh. - REUTERS