BEIJING, 3 Mei - Harapan untuk mencari lebih ramai mangsa yang terselamat dalam runtuhan bangunan di bandar Changsha, wilayah Hunan, China kian sukar.
Ini berikutan tempoh masa selama 72 jam yang diperuntukkan untuk menyelamatkan mangsa telah berakhir.
Datuk Bandar Changsha, Zheng Jianxin berkata operasi mencari dan menyelamat telah ditarik balik.
(AFP)
Setakat ini tiada pengesahan rasmi mengenai penemuan mangsa baharu sejak mangsa ketujuh ditemui selamat, semalam.
Sekurang-kurangnya 16 lagi penduduk dikenalpasti masih terperangkap dalam runtuhan.
39 yang lain dilaporkan masih hilang.-AFP