fb fb fb fb fb

Bangladesh catat 12 kematian dalam tahanan sejak revolusi tahun lalu

FOTO FAIL/REUTERS

DHAKA, 12 Februari - Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam tahanan di Bangladesh sejak revolusi tahun lalu, termasuk akibat penyeksaan dan tembakan, menurut laporan sebuah kumpulan hak asasi manusia pada Rabu.

Odhikar, salah satu organisasi hak asasi manusia terbesar di negara Asia Selatan itu, menuntut keadilan daripada kerajaan sementara yang mengambil alih selepas revolusi dipimpin oleh pelajar menggulingkan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina.

"Kerajaan sementara tidak boleh membiarkan jenayah ini tanpa hukuman," kata Pengarah Odhikar, ASM Nasiruddin Elan kepada AFP. "Mereka yang terlibat dalam pembunuhan di luar proses undang-undang mesti dibawa ke muka pengadilan."

Dalam satu laporan, Odhikar mendakwa pasukan keselamatan bawah pemerintahan autokratik Hasina selama 15 tahun telah melakukan pembunuhan secara meluas untuk mengukuhkan kuasanya.

Kumpulan itu juga menuduh agensi keselamatan yang sama terus melakukan pelanggaran hak asasi manusia walaupun selepas Hasina melarikan diri. - AFP

TETITIA YUSOFF