fb fb fb fb fb

Australia kesan kes pertama JEV pada musim panas ini

FOTO HIASAN

ANKARA, 2 Disember - Australia mengesahkan pengesanan pertama virus ensefalitis Jepun (JEV) dalam nyamuk di negeri Victoria pada musim panas ini, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Virus itu dikenal pasti dalam perangkap nyamuk di kawasan Majlis Bandaraya Luar Bandar Horsham sebagai sebahagian daripada Program Kawalan Penyakit Arbobirus Victoria, menandakan kes pertama pengesanan JEV di Australia bagi musim ini, menurut Jabatan Kesihatan Victoria dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa kesihatan menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap risiko penyakit bawaan nyamuk ketika melakukan aktiviti luar pada bulan-bulan musim panas.

Virus itu telah menular di Australia sejak 2022, ketika JEV menyebabkan puluhan kes jangkitan manusia dan enam kematian di beberapa negeri.

Pada Januari, Australia mengesahkan kes pertama JEV pada manusia di Melbourne sejak 2022, manakala timur Australia terus melaporkan kes sporadik, termasuk satu kes di Brisbane pada Mac.

Ensefalitis Jepun kebanyakannya menjejaskan babi dan burung, tetapi boleh menular kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti.- BERNAMA-ANADOLU

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE