fb fb fb fb fb

Asap tebal memenuhi ruang udara Gaza

Foto REUTERS

GAZA, 23 April- Asap hitam tebal memenuhi ruang udara Gaza pagi tadi susulan konflik Israel-Hamas yang masih lagi berterusan sehingga ke hari ini.

Kenderaan berperisai penjajah Israel dilihat bergerak keluar dari lokasi kepulan asap berkenaan dan menuju ke arah sempadan Israel-Gaza.

Punca kejadian masih tidak dapat dipastikan.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan Israel terhadap Gaza sejak 7 Oktober lalu telah meragut lebih 34,000 nyawa, terutamanya wanita dan kanak-kanak. - REUTERS

Artikel Berkaitan:
Lebih 280 mayat ditemukan dalam kubur besar di Hospital Khan Younis
Pakar PBB beri amaran risiko kesihatan mental penduduk Gaza
Bayi di Gaza selamat dilahirkan daripada jenazah ibunya
Pembunuhan Israel di Gaza hampiri 34,000 orang


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM