YANGON, 3 April- Angka korban akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar meningkat kepada 3,085 orang, dengan 341 masih hilang dan 4,715 cedera, menurut kenyataan junta pada Khamis.
Jurucakap junta, Zaw Min Tun memaklumkan pasukan penyelamat dan bantuan dari 17 negara telah tiba dengan hampir 1,000 tan bekalan serta bahan bantuan bagi membantu mangsa bencana.
"Kami meneruskan operasi mencari dan menyelamat serta menghargai usaha gigih komuniti antarabangsa dan pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan.
Gempa bumi yang berlaku enam hari lalu itu mengakibatkan kemusnahan besar di beberapa kawasan dengan pihak berkuasa terus melaksanakan operasi bantuan dan pemulihan. -AFP