ISLAMABAD, 11 Januari - Jumlah kematian akibat salji tebal di Pakistan meningkat kepada 23 orang.
Pasukan penyelamat dan anggota tentera bertungkus-lumus membersihkan salji.
Salji lebat sejak tiga hari lalu menyeliputi pekan Murree yang terletak kira-kira 65 kilometer dari Islamabad.
Salji tebal menyekat jalan raya dan menyebabkan bekalan elektrik tergendala serta menimbulkan panik kepada pelancong.
Beribu-ribu kenderaan pelancong terperangkap dalam ribut salji sejak tiga hari lalu.
Mangsa meninggal dunia akibat kesejukan dan kekurangan oksigen.
Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Pakistan, Mejar Jeneral Akhtar Nawaz berkata, penyelamat masih berusaha membersihkan jalan-jalan utama, lokasi kebanyakan kematian berlaku.
Sementara itu, Perdana Menteri, Imran Khan, mengarahkan siasatan berhubung insiden kematian pelancong itu.
Beribu-ribu ribu orang dari seluruh Pakistan mengunjungi Murree dan destinasi pelancongan yang berdekatan untuk menikmati salji pada musim sejuk.
Pakistan adalah antara 10 negara yang dijangka terjejas teruk akibat perubahan iklim dunia.