fb fb fb fb fb

Angka kematian rakyat Palestin meningkat 39, 258

Foto REUTERS

GAZA, 28 Julai- Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Gaza telah meningkat kepada 39,258.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan berkenaan turut menyebabkan 90,589 orang lagi mengalami kecederaan sejak konflik Israel-Hamas bermula pada Oktober tahun lalu.

"Dalam tempoh 24 jam terakhir sahaja, serangan Israel membunuh 41 orang dan mencederakan 103 yang lain di Gaza," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 100 lagi mengalami kecederaan dalam pengeboman Israel di Deir al-Balah, tengah Gaza. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM