JOHANNESBURG, 18 November- Afrika Selatan mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Syria.
Serangan dilancarkan pada 14 November lalu di pinggir bandar Damsyik di Mazzeh, berdekatan dengan Kedutaan Afrika Selatan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan menegaskan, serangan itu secara terang-terangan mencabuli undang-undang antarabangsa dan kedaulatan Syria.
Ia pencerobohan berterusan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.
Lebih 120 serangan dilancarkan rejim Zionis terhadap Syria sejak 7 Oktober tahun lalu.
Afrika Selatan menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengheret Israel ke muka pengadilan.-REUTERS