fb fb fb fb fb

41 lagi tawanan warga Ukraine dibebaskan

(Seorang lelaki yang dipindahkan dari kilang keluli Azovstal, Mariupol berjalan di pusat penginapan sementara
di kampung Bezimenne, semasa konflik Ukraine-Rusia di Wilayah Donetsk, 6 Mei 2022/REUTERS)

KIEV, 7 Mei - 41 lagi tawanan perang warga Ukraine dibebaskan Rusia, pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk dalam satu kenyataan di Telegram berkata antara yang dibebaskan ialah 28 askar dan 13 orang awam.

11 daripadanya wanita dan seorang ahli agama.

"Satu lagi pertukaran tawanan telah berlaku, 41 orang termasuk 11 wanita telah dibawa pulang," katanya.

(Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk/REUTERS)

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan jumlah tawanan warga Rusia yang dibebaskan sebagai pertukaran.

Beberapa pertukaran tawanan telah dilaksanakan sejak Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.

Pertukaran terakhir pada 30 April, melibatkan 14 warga Ukraine, seorang seorang askar wanita yang hamil.-AFP

Media Baharu