fb fb fb fb fb

4 orang termasuk dua kanak-kanak maut apabila sebuah pangsapuri runtuh di Ivory Coast

FOTO REUTERS

(FOTO REUTERS)

ABIDJAN, 8 Mac - Sekurang-kurangnya 4 orang termasuk dua kanak-kanak maut apabila sebuah pangsapuri runtuh di Ivory Coast.

Pasukan bomba berkata, kejadian itu berlaku di kawasan komersial di ibu negara, Abidjan.

Pasukan penyelamat menggunakan lampu suluh untuk mencari mangsa dalam runtuhan.

30 mangsa yang terselamat berjaya dibawa keluar termasuk seorang bayi.

(FOTO REUTERS)

Pasukan bomba menerima panggilan ke bangunan lima tingkat di kejiranan Cocody sejurus selepas tengah malam.

Empat mayat ditemukan daripada runtuhan pada waktu pagi dan bomba masih mencari dua lagi mangsa.

Tiga belas mangsa dibawa ke hospital dengan jumlah penduduk ketika bangunan itu runtuh tidak dapat dipastikan.

Perdana menteri, Patrick Achi melawat kawasan kejadian dan berjanji untuk melakukan penyiasatan ke atas bencana itu.

Kemalangan itu berlaku seminggu selepas beberapa orang terbunuh apabila sebuah lagi bangunan runtuh juga di Abidjan.

Media Baharu