fb fb fb fb fb

3 lagi terkorban manakala 7 lagi cedera diserang tentera Rusia

KHARKIV, 24 April - Sekurang-kurangnya 3 lagi terkorban manakala 7 lagi cedera diserang tentera Rusia.

Serangan menyasarkan kawasan kediaman di Kharkiv, Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine berkata, tentera Rusia melancarkan serangan udara di kawasan kediaman berkenaan mengakibatkan beberapa bangunan rosak.

(Bangunan kediaman yang musnah akibat serangan udara/AFP)

Menurut kerajaan, 22 perkampungan di rantau Kharkiv dikawal oleh Rusia.

Gabenor Kharkiv, Oleh Synye-hubov berkata, 700 terbunuh di bandar terbabit sejak peperangan bermula.

40 daripadanya merupakan kanak-kanak, dan lebih banyak lagi disyaki tertimbus di bawah runtuhan.

Jelasnya, Presiden Rusia, Vladimir Putin mahu mengambil alih Kharkiv sekiranya mereka mula menunjukkan kelemahan untuk mengatasi Rusia.

Bagaimanapun, tentera Ukraine tetap berpegang teguh dengan pendirian mereka untuk melindungi kedaulatan negara.

Media Baharu