KAMPALA, 14 Ogos- Angka kematian akibat tanah runtuh di tapak pelupusan sampah di ibu negara Uganda, Kampala minggu lalu meningkat kepada 26 orang.
Menurut polis, insiden turut menyebabkan 39 orang lagi masih hilang.
Mereka yang hilang termasuk 35 penduduk tempatan dan empat pemungut sampah.
"Kerja-kerja penggalian sedang diteruskan untuk mengeluarkan mangsa yang terkorban," menurut kenyataan itu.
Setakat Ahad lalu, angka kematian akibat insiden berkenaan seramai 21 orang. - REUTERS
BERITA BERKAITAN: