GAZA CITY, 23 November - 21 lagi maut dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, manakala berpuluh-puluh yang lain cedera.
Angka korban pada Sabtu, antara yang tertinggi sejak gencatan senjata Israel-Hamas berkuat kuasa pada 10 Oktober selepas dua tahun berperang.
Tentera Israel mendakwa kononnya "pengganas bersenjata" telah melintasi Garisan kuning yang dikawalnya, serta melepaskan tembakan ke arah anggotanya.
Sebagai respons terhadap insiden yang berlaku di selatan Gaza, iaitu laluan yang digunakan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu, tentera Israel berkata, " ia mula menyerang sasaran kumpulan didakwanya sebagai pengganas di Gaza".
Jurucakap Agensi Pertahanan Awam, Mahmud Bassal mengesahkan, 21 terkorban dalam lima serangan udara berasingan yang dilancarkan Israel pada Sabtu, yang disifatkatnya sebagai bukti jelas pencabulan terhadap gencatan senjata dii Gaza.
"Ini termasuk tujuh yang maut dan lebih 16 cedera dalam serangan ke atas sebuah rumah di Nuseirat di tengah Gaza serta empat terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan ke atas apartmen kediaman di daerah Al-Nasr, di barat Gaza City, katanya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, setakat Khamis lepas, 312 warga Palestin maut dalam serangan ganas Israel sejak gencatan senjata bermula.
Di Deir el-Balah, koresponden AFP memberitahu, terdapat kanak-kanak yang digegaskan ke Hospital Al-Aqsa. Selain mangsa yang maut dibawa dengan pengusung.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Khalil al-Daqran berkata, lebih 20 mangsa cedera dibawa ke hopsital, majoritinya wanita dan kanak-kanak.
"Kebanyakkannya mengalami kecederaan di kepala dan dada", menurutnya kepada AFP. - AFP