fb fb fb fb fb

20 terbunuh dalam serangan Israel di Selatan Beirut

Tentera Israel menyasarkan kediaman di Selatan Beirut / Foto AFP

BEIRUT, 6 November - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan sebuah kediaman di Selatan Beirut.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Lubnan.

"Serbuan oleh musuh Israel ke atas Barja menyebabkan 20 orang terbunuh," kata kementerian itu mengenai serbuan di bandar pantai sekitar 20 kilometer iaitu 12 batu di Selatan Ibu Negara.

Operasi dan menyelamat sedang giat dijalankan.

Sebagai rekod, ia merupakan serangan kedua rejim Israel di luar wilayah kubu kuat Hizbullah, kumpulan pejuang yang disasarkan sejak 23 September lalu.- AFP

Trainee