SANAA, 5 Mei- Sekurang-kurangnya 14 orang cedera dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat ke atas kawasan sekitar ibu negara Yaman, Sanaa hari ini.
Agensi berita Saba melaporkan dua serangan udara mengenai kawasan Jalan Arbaeen, sementara satu lagi mengenai jalan menuju ke lapangan terbang utama.
Kementerian Kesihatan Yaman mengesahkan kesemua 14 mangsa yang cedera berada di kawasan Sawan.
Jurucakap kumpulan Houthi, Brigedier Jeneral Yahya Saree pula menyifatkan serangan AS itu sebagai "pencerobohan" terhadap Yaman.
Semalam, Houthi melancarkan peluru berpandu mengenai Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel, menyebabkan enam orang cedera dan kerosakan besar di kawasan letak kenderaan Terminal 3.
Sebuah kawah besar turut terbentuk akibat hentaman peluru berpandu berkenaan.
Houthi, lantang membela perjuangan rakyat Palestin dari selatan Semenanjung Arab, berulang kali menegaskan tindakan ketenteraan mereka merupakan bentuk solidariti terhadap penduduk Gaza yang terus menjadi mangsa kekejaman Zionis dan sekutunya. -AFP
BERITA BERKAITAN