fb fb fb fb fb

12 kematian direkodkan akibat banjir di Thailand

Pekerja penyelamat menghantar bantuan air minuman kepada penduduk di Sateng Nok, Wilayah Yala/ REUTERS

BANGKOK, 1 Disember- Sekurang-kurangnya 12 kematian direkodkan akibat banjir buruk dalam beberapa dekad di selatan Thailand, kata pihak berkuasa.

Manakala puluhan ribu penduduk dipindahkan akibat peningkatan paras air dalam tempoh tiga hari lalu.

Di selatan Thailand, banjir telah menjejaskan hampir 534,000 penduduk dan kesemuanya ditempatkan di 200 pusat pelindungan sementara telah didirikan di kawasan terjejas, kata Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana.

Daerah Chana di wilayah Songkhla mengalami banjir paling teruk dalam tempoh 50 tahun.

Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan beberapa kawasan di selatan Thailand dijangka menerima lebih banyak hujan lebat.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI