fb fb fb fb fb

10 orang awam terkorban dalam serangan Israel di Khan Yunis

Foto WAFA

KHAN YUNIS,10 Disember- Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila pesawat Israel mengebom sebuah kediaman di Khan Yunis, Gaza.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), sumber perubatan mengesahkan jumlah kematian akibat serangan udara Israel itu.

"Beberapa individu hilang di bawah runtuhan berikutan pengeboman Israel yang menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Abdulwahab di barat Khan Yunis.

"Israel juga membedil sekitar Hospital Eropah di bandar itu yang berada di bawah kepungan rejim zionis,"kata sumber perubatan itu kepada WAFA.

Serangan udara Israel juga dilaporkan berlaku di kem pelarian berdekatan Nuseirat, Maghazi dan bandar Al-Zawaida di kawasan tengah Gaza.

Selain itu, serangan udara Israel menyasarkan kawasan di kawasan kejiranan Tuffah dan Shujaeya di timur Kota Gaza di utara Gaza.

Artikel Berkaitan:
Kes penyakit berjangkit di Gaza meningkat
Puluhan orang awam terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza
Konflik Gaza, lebih 17,000 orang awam terkorban
Hamas gesa UNESCO lindungi bangunan bersejarah di Gaza


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM