fb fb fb fb fb

Anak muda berbuka puasa di masjid, bukan sekadar trend biasa, tetapi seakan pelengkap Ramadan.

Tidak hanya semata-mata menikmati juadah iftar, tetapi juga menghidupkan suasana ibadah dan memperkukuh ukhuwah sesama Muslim.

Perinciannya, bersama Wartawan Izzah Zulkifle.

Kehilangan pesawat MH370 bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam buat 239 waris mangsa.

Malah, peristiwa duka tersebut turut menjadi detik yang paling sukar dilupakan, buat mereka yang terlibat sepanjang operasi pencarian.

Ikuti laporan, Izzah Zulkifle.

Bekas Ketua Menteri Sabah, tun Musa Aman dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuatkuasa 1 Januari 2025.

Bermula sebagai ahli perniagaan yang menceburi arena politik sekitar tahun 1980, Tun Musa merupakan Ketua Menteri Sabah ke-14 dan paling lama berkhidmat iaitu dari 2003 hingga 2018.

Laporannya bersama Iswadiman Samsudin.

Semuanya bermula daripada minat dan hobi terhadap barangan kulit, usahawan muda ini tidak menoleh ke belakang...terus mencipta cemerlang dalam dunia penghasilan barangan kulit.

Keputusan diambil Abdul Abbas Abdul Karim He ternyata tepat selepas empayar barangan kulitnya mendapat perhatian ramai.

Ikuri laporan disediakan Puteri Balqis Sahabudil.

Bukan sekadar jaga kepentingan serantau, kepengerusian ASEAN tahun depan juga membolehkan Malaysia mempromosi keunikan yang ada.

Justeru.. ia wajar jadi batu loncatan dalam menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan antarabangsa.

Namun, sediakah pemain industri memainkan peranan masing-masing?

Ikuti kupasan Nurin Farhana Rishdy.

Halaman 1 dari 2