Malaysia sedia menyuarakan pandangan dan penyelesaian berhubung beberapa isu penting yang dihadapi dunia pada Perhimpunan Agung PBB ke-79, di New York.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan yang mengetuai delegasi Malaysia akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Perbahasan Umum Peringkat Tinggi, 28 September ini, pukul 2.00 petang waktu tempatan.
Farhana Azwanee Ismail di New York, ada laporannya.