fb fb fb fb fb

Syed Hussien angkat sumpah sebagai ADUN Mahkota

Ahli Dewan Negeri Mahkota baharu, Syed Hussein mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi / Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 3 Oktober-Ahli Dewan Negeri Mahkota yang baharu, Syed Hussien Syed Abdullah hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar.

Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Speaker Dewan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Syed Hussien, 40 tahun dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Mahkota yang baru, selepas memenangi Pilihan Raya Kecil, pada 28 September lalu, dengan  majoriti 20,648 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Datuk Dr Mohd Puad turut mengucapkan tahniah kepada Syed Hussein, sambil berharap Ahli Dewan Negeri yang baharu itu dapat menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD