fb fb fb fb fb

SPR jangka lebih 75 peratus pengundi KKB keluar mengundi

Tan Sri Abdul Ghani ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Dewan Temuan, Rejimen Semboyan Divisyen ke-4 Infantri, Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 7 Mei- Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil, PRK Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini melebihi 75 peratus.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berharap semua pengundi di kawasan Kuala Kubu Baharu dapat keluar mengundi pada masa yang ditetapkan.

"Pada 11 Mei ini saya mendoakan supaya semua pengundi dapat keluar mengundi dan SPR menjangkakan peratusan yang baik kali ini, saya sasar melebihi 75 peratus,"katanya.

Beliau menambah, setakat ini, kempen PRK KKB diadakan dengan lancar dan baik.

Malah, beliau turut berharap tiada provokasi berlaku berbaki empat hari tempoh berkempen.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pengundian awal di Dewan Temuan, Rejimen Semboyan Divisyen ke-4 Infantri, Hulu Selangor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE