fb fb fb fb fb

PRK Nenggiri: Dua peti undi tiba dari dua perkampungan Orang Asli

Dua peti undi dari perkampungan Orang Asli Pos Simpor dan Pos Gob, tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan, kira-kira pukul 4.11 petang

GUA MUSANG, 17 Ogos - Dua peti undi dari perkampungan Orang Asli Pos Simpor dan Pos Gob, tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan, kira-kira pukul 4.11 petang.

Dua helikopter jenis Robinson R44 dan Airbus AS355N yang membawa peti undi berkenaan, berlepas dari kedua-dua pos berkenaan, kira-kira pukul 3.30 petang.

Kedua-dua pusat mengundi itu ditutup awal, masing-masing pada pukul 2 dan 3 petang tadi, membabitkan keseluruhan 999 pengundi.

456 pengundi di Pos Gob dan 543 pengundi di Pos Simpor.

Bagi peti undi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) lain iaitu Pos Tohoi, Kuala Sungai, Sungai Jenera, Sungai Wias, Sungai Puian dihantar menggunakan pacuan empat roda.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN