fb fb fb fb fb

PRK Nenggiri: Calon BN diumum minggu ini

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Julai- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bakal diumum minggu ini.

Beliau berkata parti itu juga akan menampilkan calon tempatan yang lebih mahir dengan kawasan tersebut.

"Kita akan pilih yang terbaik, ada dalam kategori WALI iaitu winnable (boleh menang), acceptable (diterima), likeable (disukai) serta boleh membawa perkhidmatan terbaik untuk masyarakat di Nenggiri dan Gua Musang keseluruhannya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelepasan Peserta Program-Program Inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) di Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, pada 19 Jun lepas, mengumumkan kekosongan kerusi itu susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN