KLUANG, 27 September- Seramai 1,399 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia akan di tempatkan di 20 pusat pengundian dan lokasi strategik yang sering berlaku kesesakan bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar, esok.
Selain menjaga keselamatan di setiap pusat pengundian.
Ketua Polis Johor Datuk M Kumar memberikan jaminan segala keselamatan telah diambil bagi memastikan orang ramai dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
"Melibatkan 109 saluran, setiap saluran akan ditugaskan seorang pegawai polis menjaga saluran tersebut."katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat khas kepada pegawai dan anggota di Sekolah Menengah Sains Semberong di sini hari ini.
"Selain daripada itu dalam lingkungan 50 meter kawasan setiap pusat mengundi kita akan letakkan 10 orang pegawai dan anggota, tidak termasuk trafik dan ops cantas."tambahnya.
Dalam pada itu, pihaknya turut bersiap siaga sekiranya berlaku banjir kilat, bantuan segera akan disalurkan bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar.