fb fb fb fb fb

PH tidak ambil mudah PRK Kuala Kubu Baharu - Fahmi

Fahmi Fadzil

KUALA KUBU BAHARU, 7 Mei- Kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu giat dijalankan menjelang hari pengundian pada 11 Mei ini.
 
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata PH tidak mengambil mudah serta berasa terlalu selesa walaupun kempen berjalan dengan rancak dan menerima maklum balas yang positif daripada masyarakat setempat. 
 
"Agak menarik saya membaca laporan media daripada Setiausaha Agung PAS.

"Kenyataan beliau bahawa jika PH ditakdirkan menang, jadi ayat itu telah membayangkan semangat Perikatan Nasional ini telah runtuh seolah-olah mereka hampir sedia mengaku kalah," katanya selepas mesyuarat koordinasi PH dan Barisan Nasional di sini.
 
Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pilihan buat pengundi di Kuala Kubu Baharu cukup jelas dalam menentukan kemenangan bakal Ahli Dewan Negeri itu.
 
Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO menyatakan kemenangan calon PH pada pilihan raya itu bakal menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat yang sudah tentu memberi manfaat kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu. 

"Sudah ada tiga YB (Yang Berhormat) pembangkang di kawasan ini.

"Jadi ini merupakan peluang terakhir untuk kita membina jambatan antara kerajaan negeri di Kuala Kubu Baharu.

"Oleh itu, pada pandangan saya pilihannya amat mudah iaitu kita perlu memilih calon perpaduan, calon PH untuk menjadi Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu," kata Ahmad. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM