fb fb fb fb fb

PRK KKB, masa BN balas jasa rakan dalam Kerajaan Madani

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

HULU SELANGOR, 27 April- PRK Dewan Negeri (DUN) N.06 Kuala Kubu Baharu merupakan waktu bagi Barisan Nasional (BN) membalas jasa rakan dalam Kerajaan Madani, yang telah membantu calon UMNO dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PKR, Amanah dan DAP telah mendukung dan memberi sokongan kepada calon UMNO dalam PRK DUN Tioman, DUN Pelangai dan Parlimen Kemaman.

Sehubungan itu, BN akan menggerakkan jenteranya untuk membantu calon PH yang mendukung Kerajaan Madani.

"Kita telah menggerakkan jentera UMNO dan MIC untuk menjaga lapan PDM dan ini juga termasuk kawasan orang asli."

"Kita merasakan bahawa pengundi-pengundi yang menjadi ahli parti kami akan didekati di samping mendekati pengundi-pengundi Melayu yang tidak berparti atau yang berada di atas pagar," kata Zahid kepada pemberita ketika hadir pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Baharu, di sini.

Menurutnya, BN menghormati formula untuk memberi laluan kepada parti yang menguasai kerusi berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM