fb fb fb fb fb

PRK KKB: Kempen guna gambar agong dan PM, biar polis jalankan siasatan- Fahmi

Fahmi Fadzil berucap pada International Regilatory Conference, (IRC) hari ini

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Berkempen guna gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Iskandar dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu kesalahan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata individu berkenaan telah ditahan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi siasatan sepenuhnya.

"Saya difahamkan berdasar juga laporan media, individu-individu terbabit telah ditahan. Jadi kita serahkan kepada pihak PRM untuk melakukan siasatan dan sekiranya terbukti telah berlaku kesalahan maka Jabatan Peguam Negara boleh bawa kes tersebut ke mahkamah, kita ikut saluran proses tersebut.

"Pada waktu ini, memang telah disahkan oleh kedua-dua pihak dari Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN) ini bukan sebahagian daripada kempen daripada kedua-dua pihak,"katanya.

Beliau berkata dalam sidang media International Regilatory Conference, (IRC) yang pertama kali dianjurkan oleh MCMC dan Kementerian Komunikasi di Kuala Lumpur.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE