fb fb fb fb fb

PRK KKB: Calon PH mampu bawa perubahan, pembangunan

Foto FB Teo Nie Ching

HULU SELANGOR, 7 Mei- Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Pang Sock Teo mampu membawa perubahan dan pembangunan di kawasan tersebut walaupun bukan daripada calon tempatan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata ia bukan isu yang penting kerana parti lawan juga mempunyai ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri yang bukan berasal dari kawasan yang dimenangi.

Beliau mengulas apabila pihak lawan sering memainkan isu bukan calon tempatan ketika berkempen terhadap calon PH.

"Sama ada beliau bukan anak tempatan tak jadi isu, jadi saya rasa bahawa politik baharu ini tempat lahir itu bukan sesuatu yang ditentukan oleh calon tetapi apa yang lagi penting ialah sama ada seseorang calon itu apabila dipilih mampu membawa perubahan, pembangunan kepada kawasan beliau.

"Jadi saya harap Sock Tao sebagai seorang calon wanita, seorang calon yang sangat muda, saya harap sebelah sana (pembangkang) jangan buat serangan peribadi terhadap beliau lagi.

"Bila kita bahas manisfesto kedua-dua pihak, apa perbezaan, salah satu manisfesto daripada calon PN (Perikatan Nasional) adalah nak jadi jambatan antara rakyat dan kerajaan.

"Pada pandangan saya, kalau nak pilih jambatan antara kerajaan dan juga rakyat, lebih baik memilih seorang Ahli Dewan Negeri kerajaan, jadi saya harap fikir baik-baik.

"Pengundi KKB, buatlah pilihan terbaik," katanya ketika mengadakan Ceramah Kelompok Perpaduan di Ulu Yam Lama di sini.

Sementara itu, beliau berkata jangan ada yang menganggap PRK tidak penting, sebaliknya ia sama seperti Pilihan Raya Umum terutama melibatkan masa hadapan penduduk di sesuatu kawasan melibatkan kerajaan negeri atau pusat.

Justeru beliau menyeru pengundi PRK KKB yang berada di Kuala Lumpur dan di luar kawasan, supaya pulang menjalankan tanggunjawab mereka pada Sabtu ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM