fb fb fb fb fb

PRK KKB: Calon bertanding tinjau proses pengundian awal

Calon PH meninjau proses pengundian awal di pusat mengundi Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri

HULU SELANGOR, 7 Mei- Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao meninjau proses pengundian awal di pusat mengundi Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu.

Pang tiba kira-kira pukul 9.34 pagi tadi di pusat mengundi di Dewan Temuan selama 15 minit.

Sementara itu, kira-kira 9.40 pagi pula, Calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut turut meninjau proses pengundian awal di pusat mengundi berkenaan.

Turut meninjau proses pengundian tersebut, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE