fb fb fb fb fb

MCA perkasa jentera hadapi PRK Ayer Kuning

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong / Foto RTM

TAPAH, 12 April – MCA akan melipatgandakan usaha bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang dijadual berlangsung pada 26 April ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata parti itu akan menubuhkan bilik gerakan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebagai sokongan kepada jentera kempen BN.

“Cabaran sekarang adalah bagaimana kita nak membawa seramai mungkin penyokong untuk mengukuhkan asas undi kita. Saya rasa inilah cabaran yang perlu digalas oleh semua jentera – sama ada di peringkat negeri, bahagian mahupun di peringkat PDM,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Merdeka, di sini.

Mengulas mengenai sokongan pengundi Cina, beliau menyatakan keyakinan golongan itu akan memberi undi kepada calon BN, Dr. Mohamad Yusri Bakir.

“Beliau memiliki pakej lengkap sebagai wakil rakyat – berwibawa, mesra rakyat dan memahami keperluan setempat. Ini akan memberi kelebihan kepada BN dalam meraih sokongan pengundi pelbagai kaum di Ayer Kuning,” ujarnya.

 

BERITA BERKAITAN:

 

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN